AMANAT PRESIDEN BERSAMA
YB DATO'  FADZIL NOOR
Tarikh : 3 APRIL 2002 ( RABU ) Masa : 9.30 MALAM
Tempat : DEWAN AR-RIDHUAN,
( MARKAZ PAS KAWASAN AMPANG JAYA ) 47A, JLN DAGANG 8,
TMN DAGANG JAYA, 68000 AMPANG. TEL - 42934371

INFOMEDIA PAS KAWASAN AMPANG JAYA
MARKAZ PAS CWG CHERAS INDAH DI KEPUNG  POLIS : SATU USAHA SUPAYA MASYARAKAT TAKUT UNTUK MENGHADIRI PROGRAM PAS


Setelah dua program PAS mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat di Ampang Jaya maka akhirnya usaha-usaha telah dijalankan untuk memastikan orang ramai tidak lagi menghadiri program-program PAS.

Pada 11 Mac 2002, perasmian Dewan Ar-Ridhuan di Markaz PAS Kawasan Ampang Jaya, Taman Dagang Jaya oleh Naib Presiden PAS, YB Dato' Dr. Hassan Ali telah mendapat sambutan yang hebat sehingga dewan yang dirasmikan itu penuh sesak.

Pada 26 Mac 2002, Majlis Makan Malam Bersama Dato' Harun Din di dewan yang sama telah didatangi oleh begitu ramai sehingga makanan yang disediakan adalah tidak mencukupi.

Maka memandangkan sokongan terhadap PAS yang begitu meningkat maka terdapat pihak yang telah merancang sesuatu untuk memastikan program-program PAS tidak lagi dihadiri oleh masyarakat.

Ini tidak menghairankan memandangkan program-program UMNO dan Barisan Nasional di Ampang Jaya kurang mendapat sambutan masyarakat umum. Malah terdapat program yang dihadiri oleh ADUN UMNO telah diboikot oleh masyarakat.

Kami telah mendapat laporan bahawa kehadiran bagi mesyuarat agung PIBG bagi sebuah sekolah di DUN Pandan telah berkurangan sebanyak 50% berbanding dengan tahun lepas apabila ianya telah dirasmikan oleh seorang ADUN UMNO pada tahun ini.

Oleh itu kami tidak terkejut apabila sebuah ceramah agama oleh YB Ustaz Basir Rahmat, Ahli Parlimen Parit anjuran PAS Cawangan Cheras Indah di markaz mereka pada 27 Mac 2002 telah dihadiri oleh lebih-kurang 80 orang anggota polis.

Pihak polis telah menutup jalan masuk ke markaz tersebut dan mereka telah juga mengawal di sekeliling kawasan markaz seolah-olahnya telah berlaku satu rusuhan atau rompakan.

Pihak kami kesal di atas tindakan polis itu kerana program  itu telah dijalankan di dalam markaz yang tertutup. Apakah logiknya kawalan dan sekatan yang dilakukan kerana ceramah tersebut telah berjalan dengan aman dan telah dihadiri oleh hanya lebih-kurang 50 orang ? Pihak polis tidak perlu hadir kerana tidak berlaku sebarang keadaan menurut Seksyen 27A Akta Polis  ( 1967 ) yang membolehkan ceramah itu diberhentikan.

Juga kami telah mendapat laporan bahawa terdapat anggota polis yang telah melakukan pembohongan dengan memberitahu mereka yang hendak hadir bahawa tidak ada ceramah dianjurkan pada malam itu.

Maka dengan itu tidaklah hairan apabila ramai telah berkata operasi polis pada malam tersebut adalah untuk menakut-nakutkan orang supaya tidak menghadiri program PAS. Atau dengan lain perkataan untuk membantu UMNO yang sedang kelemasan di Ampang Jaya. 

14 MUHARRAM 1423 / 27 MAC 2002


Senarai
Kandungan

# Maklumat Terkini # Senarai Program
# Perutusan Dan Kenyataan Rasmi
# Sana-Sini
# Sampai Bila
# English Section
# Surat Anda
# Artikel /
Komentar
# Berita Dewan
Pemuda
# Berita Dewan Muslimat
# Berita Lajnah-Lajnah
# Berita
Cawangan-Cawangan
# Ampang Jaya Terkini


IMBAS KEMBALI -
PERISTIWA BUKIT
TEMBUSU 2000
( Sila click di sini )

Jumlah Pelawat Sejak 24 Jan 2000

View My Guestbook
Sign My Guestbook

FastCounter by bcentral


Diterbitkan oleh :
PAS Kawasan Ampang Jaya
No. 47A, Jalan Dagang 8,
Taman Dagang Jaya,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
Telefon / Fax :
03-42934371
E-Mail :
pas_ampangjaya@hotmail.com