Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) Kawasan Ampang Jaya, Selangor D.E.
Fikrah & Tazkirah
AJK Kerja PAS Kawasan
Program-Program Terdekat
Berita Ampang Jaya
Kenyataan & Pendapat

PAS Kawasan Ampang Jaya telah dibubarkan apabila berlaku persempadan semula 2003. Setelah mesyuarat agungnya yang terakhir pada 19 Julai 2003 maka terbentuklah PAS Kawasan Pandan dan PAS Kawasan Ampang.
Untuk laman web PAS Kawasan Pandan alamatnya adalah http://members.fortunecity.com/paspandan sementara PAS Kawasan Ampang adalah http://www.parti-pas.org/ampangjaya
Walau bagaimanapun laman web PAS Kawasan Ampang Jaya dikekalkan untuk rujukan dan bahan arkib tetapi ianya tidak akan diupdate.

DAULAT TUANKU !
9sultan2.jpg
SEMBAH SALAM TAKZIM DARI PAS KAWASAN AMPANG JAYA

boycot.gif

hk_ketupa.jpg
Hari Keluarga PAS Kawasan Ampang Jaya 2002 - Menganyam ketupat !

PENCEROBOHAN KE ATAS MARKAZ PAS DIBANTAH DENGAN SEKERAS-KERASNYA.

PAS Kawasan Ampang Jaya membantah dengan sekeras-kerasnya pencerobohan ke atas markaz kami di Taman Dagang Jaya oleh pihak polis semasa majlis ceramah penerangan YB Dato Kamaruddin Jaafar dan Ustaz Idris Ahmad pada malam 8 April lepas.

Seorang anggota polis tanpa meminta kebenaran dari pihak penganjur telah beberapa kali masuk ke dalam kawasan markaz itu dan mengambil gambar para penceramah dan para hadhirin.

Tindakan anggota polis itu telah menganggu penceramah menyampaikan ceramah mereka dan mereka yang hendak mendengar ceramah tersebut.

Kami melihat tindakan ini sebagai satu provokosi yang keterlaluan untuk menakut-nakutkan para penceramah dan ahli-ahli PAS yang hadir.

Program kami adalah program yang diadakan di dalam pejabat kami dan pihak polis tidak ada sebarang hak untuk menceroboh masuk dan mengambil gambar tanpa waran yang sah. Malah keadaan-keadaan yang membenarkan polis masuk tanpa waran sepertimana yang dinyatakan oleh Kanun Acara Jenayah Seksyen 16, 62, 62A, 62B, 63 dan 116 juga tidak wujud. Oleh itu tindakan mereka adalah menyalahi undang-undang.

Di masa yang sama, pihak polis telah juga mengepung markaz tersebut di samping membuat sekatan-sekatan jalan di sekitarnya.

Memandangkan majlis malam itu adalah di dalam bangunan maka kepungan dan sekatan-sekatan jalanraya itu adalah bertentangan dengan Perkara 10 ( 1 ) b Perlembagaan yang memberikan hak rakyat Malaysia berhimpun secara aman.

PAS Kawasan Ampang Jaya amat kesal di atas taktik-taktik kotor seperti ini yang bertujuan untuk menghalang ahli-ahli PAS hadir di ceramah-ceramah penerangan anjuran kami.

Pada malam tersebut polis telah mengambil-alih tugas UMNO untuk menakut-nakutkan ahli-ahli PAS.

Amatlah malang sekali bagi rakyat Malaysia apabila pihak polis dengan secara terbuka bertindak melanggar undang-undang tanpa merasa bersalah.

CERITA ALLAH MENEMPELAK HAMBA-HAMBANYA ......

Kadang-kadang apabila Allah  SWT menempelak atau memberi peringatan kepada hambanya terdapat yang terlampau lalai atau terlalu angkuh sehingga tidak sedar bahawa Allah SWT sedang menempelak atau memberi peringatan kepadanya.

Biasanya musibah seperti sakit pening, jatuh miskin, bencana dan pelbagai bala lagi yang menimpa seorang hamba Allah atau sekumpulan hamba Allah sepatutnya membuat mereka berfikir tentang tindakan-tindakan mereka di atas muka bumi ini.

Pada 16 Feb lepas polis Ampang telah mengepung majlis makan malam PAS di Taman Dagang Jaya. Ratusan anggota polis termasuk LSF ( Pasukan Penggempur Ringan / Light Strike Force ) telah dikerahkan untuk mengawal satu majlis makan malam yang berjalan dengan aman. Dengan angkuh mereka enggan memberi penjelasan apabila ditanya oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Mereka yang hadir merungut kerana polis Ampang dikerahkan seolah-olah untuk menangkap sekumpulan penjenayah yang merbahaya. Tak taulah kumpulan penjenayah mana yang dimaksudkan oleh mereka, mungkin geng Mamak atau geng M16.

Nampaknya masin juga mulut mereka yang membuat komentar itu. Dengan takdir Allah, pada 10 Mac memang benar kumpulan penjenayah yang merbahaya telah turun ke Ampang. Geng M16 telah membuat rompakan di dua buah kedai emas di Pekan Ampang.

Tapi mana dia roadblock dan mana dia LSF? Tidak kelihatan! Kenapa tak kepung geng M16 macam kepung majlis PAS? Kenapa tidak dapat maklumat awal tentang rompakan tersebut? Kalau SB-SB boleh dikerahkan untuk menakut-nakutkan Ketua Cawangan PAS, menyusup ke dalam AJK Masjid dan AJK PAS Cawangan maka macam mana dengan kumpulan-kumpulan penjenayah?

Dan yang paling memalukan rompakan berlaku lebih-kurang 80 meter dari Balai Polis Trafik Ampang!

Itulah Allah SWT telah memberikan peringatan dan menempelak polis Ampang, kalau tak faham juga tak tahulah apa nak jadi!

BEN KWALEIGH
Cheras Indah
14 Mac 2003

AL-FATIHAH

PAS Kawasan Ampang Jaya mengucapkan takziah kepada Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan, Sdra. Iskandar Haji Abdul Samad di atas kepulangan ayahanda beliau, Haji Abdul Samad Ahmad ke rahmatullah pada 8 Mac yang baru lalu.

Haji Abdul Samad, seorang ahli PAS pernah, menjawat jawatan sebagai AJK Kerja PAS Cawangan AU2 yang kini berada di dalam Kawasan Gombak dalam sessi 1993-95. Beliau adalah seorang pemberita dan penyunting akhbar sebelum bersara dalam tahun 1985.

Polis Ampang Mesti Membuktikan Bahawa Mereka Bukan "Budak Suruhan" UMNO

Pada 16 Februari lepas majlis makan malam bersama YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa di pejabat PAS di Taman Dagang Jaya, Ampang telah dikepung polis.

Polis yang membuat sekatan-sekatan jalanraya dan menurunkan unit anti rusuhan yang lengkap dengan helmet merah, perisai dan cota telah gagal memberikan penjelasan apabila ditanya.

Ketua Polis Ampang, Azmi Hashim telah enggan menjawab pertanyaan dari pimpinan PAS pada malam itu.

Azmi juga telah mengugut untuk menangkap jika terdapat petugas-petugas PAS yang mengibarkan bendera PAS. Apabila ditanya di bawah peruntukan mana tangkapan akan dibuat, beliau gagal menamakan mana-mana peruntukan.

Pada malam 1 Mac ini UMNO akan mengadakan satu perhimpunan di padang Pandan Jaya.

Oleh itu polis Ampang perlu bertindak adil. Jika mereka boleh mengepung perhimpunan dalaman di pejabat PAS maka sudah tentunya mereka sepatutnya mengepung perhimpunan UMNO di padang yang terbuka.

Perkara yang sedemikian telah dinyatakan di dalam laporan polis yang di buat di Balai Polis Pandan Indah oleh Setiausaha PAS Kawasan Ampang Jaya, Abdul Jalil Hassan pada malam 28 Februari ini.

Laporan yang dibuat itu walau bagaimanapun telah pada mulanya enggan diterima oleh pihak polis tetapi diterima hanya setelah didesak oleh rombongan PAS yang hadir.

Oleh itu polis Ampang mempunyai peluang untuk menunjukkan bahawa mereka telah bertindak dengan adil dan bukannya "budak suruhan" UMNO. Tetapi jika program UMNO itu tidak dikacau seperti program PAS maka rakyat sudah
tentunya telah dapat membuat satu rumusan yang tepat tentang imej polis di Ampang Jaya.

POLIS CUBA HALANG PAS PUNGUT DANA PILIHANRAYA DARI AHLI-AHLI

AMPANG 16 Feb 2003 - Polis malam ini telah mengepung pejabat PAS di Taman Dagang Jaya yang mana telah dianjurkan majlis jamuan makan bersama YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha Agong PAS.

Lebih 150 anggota polis telah dikerahkan untuk menutup semua jalan ke pejabat tersebut. Kereta-kereta yang hendak menghampiri pejabat itu telah diarahkan oleh pihak polis yang menjaga sekatan-sekatan jalanraya untuk berpatah balik.

Turut dikerah adalah anggota-anggota Lightning Strike Force ( LSF ) yang lengkap dengan perisai, helmet merah dan peralatan menghadapi rusuhan.

Seramai 40 anggota LSF itu telah berkawal lebih kurang 20 kaki dari pejabat PAS itu dan telah berkawad di hadapannya ketika jamuan makan dan taklimat oleh Ustaz Nasharuddin.

Menurut Abdul Jalil Hassan, Setiausaha PAS Kawasan, tindakan pihak polis itu seolah-olah untuk menakutkan ahli-ahli PAS supaya tidak menghadiri majlis tertutup yang tidak menyalahi undang-undang itu. Abdul Jalil menyifatkan ini sebagai satu provokasi yang tidak wajar oleh pihak polis.

Majlis malam ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan bagi memungut dana pilihanraya PAS Kawasan.

Sementara Qasim Abdul Aziz, Ketua Pemuda PAS Kawasan, berkata nampaknya polis begitu bersungguh-sungguh untuk menghalang ahli-ahli PAS dari datang ke jamuan makan malam ini. Beliau juga telah mempertikaikan tindakan polis agar PAS tidak dapat memungut dana yang secukupnya untuk menghadapi pilihanraya.

Saya hairan dengan tindakan polis. Kerja untuk menghalang PAS memungut dana pilihanraya selalunya adalah kerja UMNO. Sebab UMNO akan melawan PAS di dalam pilihanraya. Malam ini ianya dilakukan oleh polis. Adakah polis akan memasuki pilihanraya melawan PAS selepas ini ?, tambah Qasim.

Qasim telah juga membuat satu laporan polis dibuat Balai Polis Ampang malam ini.

Usaha untuk berdialog dengan pihak polis telah cuba dilakukan oleh pihak PAS tetapi gagal.

Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Ampang Jaya, Iskandar Abdul Samad telah meminta Ketua Polis Daerah Ampang ( OCPD ), Azmi Hashim supaya memberikan justification kepada tindakan mereka.

Walau bagaimanapun Azmi telah telah menjawab, I dont have to answer you.

Azmi telah juga enggan menjawab setelah Iskandar mengingatkan beliau, You are answerable to us, we pay your salaries.

Selain dari itu beberapa petugas-petugas yang mengibarkan bendera PAS telah cuba ditangkap oleh Azmi. Apabila beliau dicabar oleh petugas-petugas itu di bawah peruntukan mana tangkapan akan dibuat beliau telah gagal untuk menamakan sebarang peruntukan menurut undang-undang.

PROVOKASI UMNO DI MASJID TAMAN KOSAS GAGAL.

Berikutan satu khutbah yang begitu lantang mengecam kemungkaran-kemungkaran pemimpin UMNO maka pemuda-pemuda UMNO telah dikerahkan ke Masjid Fatimah Az-Zahra, Taman Kosas ( Ampang ) pada solat Jumaat 7 Februari yang baru lalu.

Terdapat di antara mereka yang datang dari Taman Maju Jaya, Cheras.

Walau bagaimanapun hasrat UMNO untuk melihat huru-hara di masjid tersebut telah gagal kerana para jemaah telah menunjukkan kematangan dan telah menunaikan solat dengan tenang.

Tiada insiden telah dilaporkan pada hari tersebut.

Adalah dilaporkan pihak polis dan JAIS ( termasuk Tuan Kadhi ) telah hadir ketika solat Jumaat tersebut.

Turut juga hadir adalah ADUN Lembah Jaya, Ismail Kijo, yang menurut laporan jarang kelihatan di masjid tersebut. Tetapi mungkin apabila pemuda-pemuda UMNO telah dikerahkankan maka barulah ADUN itu berani untuk hadir.

Pihak kami juga difahamkan AJK masjid itu telah juga dipanggil ke balai Ampang oleh pihak polis. Persoalannya apakah kena mengena pihak polis dengan urusan masjid tersebut ? Sepatutnya jika perlu sebarang siasatan ianya perlu dilakukan oleh pihak JAIS bukan pihak polis.

INFOMEDIA PAS KAWASAN AMPANG JAYA

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI TAMAN HILLVIEW, HULU KELANG PADA 20 NOVEMBER 2002

PAS Kawasan Ampang Jaya mengucapkan takziah kepada Jeneral ( B ) Tan Sri Ismail Omar di atas tragedi yang menimpa keluarga beliau pada 20 November lepas.

Kami berharap Tan Sri dan keluarga akan bersabar menempuh dugaan yang menimpa lebih-lebih lagi ketika kita berada di dalam bulan Ramadhan dan akan menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi.

Menyentuh tentang kejadian tanah runtuh di Taman Hillview, PAS Kawasan Ampang Jaya berharap agar ianya akan menjadi satu pengajaran kepada pihak-pihak yang bertanggung-jawab terutamanya Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ).

Walau bagaimanapun nampaknya MPAJ masih belum belajar dari pengalaman-pengalaman yang lepas.

Selain dari tragedi Highland Towers dalam tahun 1993, telah terjadi banyak kejadian-kejadian tanah runtuh di sekitar Ampang Jaya.

Dalam tahun 1999, jalan utama ke Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang telah ditimbus oleh bertan-tan tanah yang telah runtuh. Seorang pemandi teksi nyaris maut apabila teksinya telah tertimbus.

Dalam tahun yang sama juga telah berlaku tanah runtuh di sebuah apartment di Taman Bukit Indah.

Pada 24 Februari 2000 pula, seorang kanak-kanak berumur 4 tahun telah terkorban akibat tanah runtuh di Kg. Seri Damai berhampiran dengan Kg. Cheras Baru.

Sementara pada bulan Syawal tahun 2000, telah berlaku tanah runtuh di Taman Saga yang menutup sebahagian dari jalan utama di taman tersebut.

Memandangkan tanah-tanah runtuh terus berlaku dan nyawa terus terkorban maka kami berpendapat kenyataan akhbar kami ( bertarikh 25 Februari 2000 ) ketika berlakunya tanah runtuh di Kg. Seri Damai masih relevan. Berikut adalah sebahagian darinya :-

" Sejak 12 bulan lalu, 4 kejadian tanah runtuh telah berlaku di sekitar Ampang Jaya. Sebelum ini telah berlaku tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ( Hulu Kelang ), Taman Bukit Indah, Kg. Cheras Baru dan terakhir di Kg. Seri Damai ini yang bersempadanan dengan Kg. Cheras Baru.

Sepatutnya dari pengalaman kejadian-kejadian tanah runtuh ini, Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) sudah mempunyai satu pasukan khas yang berpengalaman untuk memantau segala cerun-cerun yang merbahaya di bawah bidangkuasanya.

Kami telah difahamkan MPAJ dengan kos yang tinggi telah menghantar kakitangannya ke Hong Kong pada pertengahan tahun lepas untuk mempelajari bagaimana pentadbiran di sana menangani cerun-cerun yang merbahaya. Walau bagaimanapun mengapakah masih berlaku tanah runtuh setelah perbelanjaan yang banyak dikeluarkan ? "

" Walau bagaimanapun untuk tindakan terdekat kami menggesa MPAJ melakukan satu kajian yang terperinci terhadap semua cerun-cerun di Ampang Jaya dan melaksanakan kerja-kerja untuk memastikan tragedi-tragedi tanah-runtuh seperti ini tidak berulang lagi.

Berapa nyawakah perlu dikorbankan sebelum satu perancangan yang benar-benar berkesan dapat dihasilkan dan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh ? "

( Untuk kenyataan penuh sila lawat http://www.geocities.com/ampang2005 )

Selain dari itu pihak kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas beberapa laporan dari kami tentang kemungkinan berlakunya tanah-tanah runtuh telah tidak mendapat sebarang jawapan dari MPAJ.

Di antaranya adalah :-

  1. Surat kami kepada MPAJ No. Rujukan : PAS/K.092/2.01I (23) bertarikh 8 Rejab 1421 / 6 Oktober 2000 - "KEMUNGKINAN TANAH RUNTUH DI KG. DATO' MUFTI LEMBAH JAYA, AMPANG."

  2. Surat kami kepada MPAJ No. Rujukan : PAS/K.092/2.01m (72) bertarikh 10 Safar 1423 / 23 April 2002 - KEDUDUKAN DAN MASA DEPAN TANAH PERKUBURAN KG. CHERAS BARU, SELANGOR DARUL EHSAN dan laporan buletin kami WARKAH 2 ( Ramadhan / Syawal 1422 ) yang menggesa tindakan diambil supaya tanah perkuburan itu tidak diancam tanah runtuh.

Pihak kami telah juga memohon pertemuan dengan Yang Di Pertua MPAJ untuk membincangkan masaalah-masaalah tempatan termasuk masaalah ancaman tanah runtuh ini tetapi tidak mendapat apa-apa jawapan positif dari sama ada YDP sekarang ( En. Ahmad Kabit ) ataupun YDP yang sebelumnya ( En. Mohammad Nik ).

Oleh itu kami berharap di dalam keadaan sekarang selepas tragedi yang terbaru ini, tenaga, pandangan, pendapat dan sokongan dari semua pihak adalah diperlukan untuk keselamatan dan kesejateraan penduduk di Ampang Jaya.

Sifat angkuh yang telah ditunjukkan oleh MPAJ selama ini tidak sepatutnya diteruskan.

Sudah sampai masanya MPAJ menumpukan perhatiannya untuk menyelesaikan masaalah-masaalah kritikal penduduk Ampang Jaya dan tidak terlibat di dalam kerja-kerja remeh-temeh seperti mencabut bendera-bendera dan banner-banner PAS. MPAJ mestilah berhenti menjadi kuda tunggangan BN jika ia mahu berfungsi dengan baik.

------------------------------

Lites : Al-Qaeda And The Savage Dog

In a New York park, a young boy was attacked by a savage dog. A passer-by  happened to see that and came to the rescue. Having tackled the dog, he strangled it to death.

A reporter for the New York Times was watching all this and took snap shots for a front page picture in the next day's paper.

Approaching our hero he says : "Your heroic feat shall be published in tomorrow's paper under the headline - Brave New Yorker rescues boy".

"I'm not from New York" replied our brave hero.

"Oh in that case we'll change the headline - Brave American rescues boy from savage dog" said the reporter.

"I'm not American either" replied our brave hero.

On being asked about who he really is, our hero replied "I'm a Pakistani".

Well the next day the headline on the front page of The New York Times said : "Muslim Fundamentalist strangles dog to death in New York park. FBI investigating possible link to al-Qaeda."

While in Malaysia, Dr. Mahathir responding to this headline remarked : "This won't happen in Malaysia as we have ISA and all the KMM members have been arrested".

jaiskasut.jpg
BIADAP ! Penguatkuasa JAIS berkasut masuk ke Surau Jubli Perak, Bangi pada 28 Feb 03.

Pejabat PAS Kawasan Ampang Jaya dibuka untuk berurusan dengan orang ramai dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Waktu rehat adalah dari jam 12.30 tgh-hari hingga 2.00 petang. ( Hari Jumaat - 12.30 tgh-hari hingga 2.30 petang )

Selaras dengan hasrat kami untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat, kami telah menyediakan kakitangan sepenuh-masa untuk melayan segala pertanyaan dan aduan anda.

Alamat kami adalah No. 47A, Jalan Dagang 8, Taman Dagang Jaya, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. ( Di atas Dewan Ar-Ridhuan )

 

Hubungilah kami di pas_ampangjaya@hotmail.com atau 03-42934371

Unknown Gem Type: tlx.bravenet.counter

Pemangku Presiden PAS yang baru
hadi.jpg
YAB T.G. Dato' Seri Hj. Abd. Hadi Awang

fadzil_lastpic.jpg

AL-FATIHAH UNTUK PRESIDEN PAS, Y.B. DATO' HAJI FADZIL MOHD. NOOR YANG TELAH PULANG KE RAHMATULLAH PADA 23 JUN 2002 DI UNIT RAWATAN RAPI, HUKM, KUALA LUMPUR. SEMOGA ALLAH S.W.T. MENEMPATKAN ROH BELIAU BERSAMA PARA SYUHADA DAN ORANG-ORANG YANG DIREDHAI OLEH NYA.

Unknown Gem Type: tlx.tlx.tellyourfriends

Enter a city or US Zip
Today's Weather

Hakcipta Terpelihara PAS Kawasan Ampang Jaya 2002