Fikrah & Tazkirah

Home

Fikrah & Tazkirah
AJK Kerja PAS Kawasan
Program-Program Terdekat
Berita Ampang Jaya
Kenyataan & Pendapat
Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) Kawasan Ampang Jaya, Selangor D.E.

Dasar PAS adalah Islam. PAS mempejuangkan Islam yang sempurna.
 
Perjuangan PAS adalah berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan Hadis Nabi.
 
Berdasarkan kepada dasar ini, PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya yang menuju kepada keredhaan Allah.
 

FADILAT SOLAT TARAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 - Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar."

 

HADITH-HADITH BERKAITAN PUASA

Dari Laman Web Tranung Kite

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sabda Rasulullah saw, "Barangsiapa meninggal dunia sedangkan ia mempunyai tanggungan puasa, maka walinya (boleh) berpuasa untuk menggantikannya." (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abdullah bin Umar ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah." (HR Ahmad)

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.

2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah menghias surga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'

4. Pada bulan ini diikatlah setan-setan yang durhaka sehingga mereka tidak leluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.'" (HR Ahmad)

Di dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: "Semua amal anak Adam adalah untuknya. Setiap kebaikan akan dilipatgandakan pahalanya sepuluh sampai tujuh ratus kali. Firman Allah: 'Kecuali puasa, karena puasa itu untuk Ku dan Akulah yang akan memberikan balasan untuknya disebabkan ia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya karena Aku.'" (HR Muslim)

Dari Jabir ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka." (HR Ahmad)

Q.S.59 (Al Hasyr): 7. "Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia; dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah."

Peranan Muslimah Dalam Gerakan Islamiah

Setiap muslimah pendokong harakah Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Jamaah ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.

Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada penyertaan angkatan muslimah. Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam, turut serta mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan, meniupkan semangat, mengorbankan harta benda, sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana perjuangan Islam. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dalam surah Al-Mumtahanah ayat 12, yang bermaksud:

Wahai Nabi, apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu untuk mengambiljanji setia bahawa mereka tidak akan menpersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, mereka tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anaknya, tidak berlaku bohong yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakakan dalam perkara yang baik, maka hendaklah engkau menerima janji setia mereka dan mohonlah keampunan kepada Allah untuk mereka, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.

MUSLIMAH DALAM HARAKAH ISLAMIAH

Khadijah binti Khuwailid r.ha salah seorang daripada penghulu segala wanita di dunia ini merupakan contoh muslimah yang terlibat secara langsung di dalah Harakah Islamiah yang dibawa oleh suami beliau, iaitu Muhammad bin Abdullah s.a.w. Beliau merupakan simbol wanita yang beriman, jujur dan bersifat dermawan lagi penuh kesetiaan, gigih, berani dan terdidik serta petah berkata-kata. Beliau bertanggungjawab meniupkan semangat dan memberi perangsang kepada suaminya di dalam menghadapi pelbagai tribulasi dari kaum kafir Qurais Makkah ketika itu.

Dalam melaksanakan urusan rumahtangga, Sayyidah Khadijah menanggung beban yang berat, betapa dia benar-benar bahagia kerana melaksanakan seluruh tugasnya itu dengan penuh keikhlasan, menjaga pendidikan putera-puterinya serta memastikan segala keperluan keluarga khususnya suami dipenuhi sesempurnanya. Beliau berusaha mewujudkan sebuah rumahtangga yang aman adamai untuk suaminya, kerana beliau tahu betapa penat dan jerih payah suaminya berdakwah.

Sayyidah Khadijah merupakan contoh yang terbaik dalam menyintai dan memuliakan suaminya serta mengutamakan terhadapan apa yang beliau senangi. Ketika beliau dapati suaminya terlalu cinta kepada bekas hambanya Zaid Bin Harithah, dia memuliakannya. Begitu juga sewaktu beliau mengetahui nabi ingin menanggung salah seorang anak bapa saudaranya iaitu, Ali, beliau menerimannya dengan senang hati yang terbuka serta mendidiknya dengan penuh kasih sayang. Dengan ini Sayyidah Khadijah memberi kesempatan yang berharga kepada Ali dan Zaid untuk mempelajari akhlak suaminya, Mmuhammad s.a.w, Maka ketika nabi diutus untuk menyampaikan agama yang terakhir dengan mengajak keduanya untuk beriman, Ali dan Zaid bin Harithah telah beriman dan menjadi sebaik-baik pembela nabi.

Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w mula mengalami peristiwa penerimaan wahyu, baginda merasai bimbang dan takut, lalu Sayyidah Khadijah memujuknya dan memberi kepadanya pengharapan. Rasulullah s.a.w bersabda ertinya:

Aku takut sesuatu berlaku ke atas diriku

Kemudian Khadijah memujuk baginda dan berkata:

Tidak sama sekali, demi Allah ia tidak mengapa-apakan engkau selama-lamanya. Engkau seorang yang menghubungkan silaturrahim, menanggung kesusahan untuk menolong orang yang memerlukan, mendapat pendapatan untuk orang yang tidak berpendapatan, memuliakan tetamu dan menolong ketika sesuatu kejadian

Sayyidah Khadijah bukan sekadar menghiburkan hati Rasulullah s.a.w dan memberikan kepada Baginda harapan dengan kata-kata itu, bahkan Khadijah membawa baginda menemui sepupunya Waraqah bin Naufal, seorang penganut agama Nasrani yang menjadi penulis kitab Injil dan mengetahui mengenai pengalaman nabi-nabi terdahulu. Daripada Waraqah, baginda menyedari bahawa pengalaman yang dialaminya adalah pengalaman nabi-nabi terdahulu dan merupakan berita baik kepada seluruh manusia. Bagindalah insan yang dipilih oleh Allah s.a.w sebagai nabi akhir zaman.

Khadijah merupakan wanita pertama yang beriman kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai wanita yang berada, beliau mengorbankan seluruh kepentingan kebendaannya untuk tujuan dakwah Islam serta membantu Rasulullah s.a.w menjalankan tugas dakwahnya. Sebagai seorang wanita yang berpengaruh, beliau menggunakan pengaruhnya untuk melindungi Rasulullah s.a.w sewaktu dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah mula dimusuhi oleh orang-orang Qurais. Kaum Qurais mengambil tindakan memulaukan keluarga Bani Hashim dan orang-orang Islam dengan memutuskan hubungan ekonomi dan sosial dengan mereka. Sayyidah Khadijah tetap bersama di dalam perjuangan suaminya walaupun terpaksa mengalami penderitaan akibat daripada pemulauan tersebut sehingga menjejaskan kesihatannya.

Kesan daripada pemulauan ini menyebabkan penyakitnya bertambah tenat akhirnya beliau pulang ke Rahmatullah. Pada tahun yang sama, bapa saudara rasulullah s.a.w iaitu Abu Talib juga meninggal dunia. Tahun ini dianggap tahun dukacita oleh Rasulullah kerana baginda kehilangan dua orang yang membantu dan melindungi baginda dari ancaman musuh-musuh Islam. Justeru kebaikan dan keprihatinan Khadijah yang begitu tinggi ini, sehinggakan tahun kematian beliau dan bapa saudara tersebut digelar sebagai Tahun Berdukacita oleh Rasulullah. Bahkan isteri baginda Aisyah r.ha mencemburui Khadijah, kerana walupun Khadijah telah tiada tetapi nabi masih menyebut-nyebut nama istimewa tersebut. Demikianlah hebatnya Siti Khadijah Al-Khuwailid r.ha isteri pertama Rasulullah s.a.w.

Sejarah perjuangan Islam telah mencatat bahawa suatu Jamaah penggerak dakwah islamiyyah yang ulung, iaitu merupakan safwah Al-Mukhtarah telah muncul pada permulaan dakwah Islam tersebut. Kemunculan mereka merupakan kebangkitan suatu ummah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri di tengah-tengah penguasaan wathaniyyah ke atas masyarakat manusia seluruhnya. Jumlah kumpulan ini kira-kira 60 orang dan seperempat daripada mereka terdiri daripada wanita-wanita. Di antara mereka ialah:

1. Ummu AL-Fadhl binti Harith
2. Asma binti Umais (isteri Jaafar bin Abi Talib)
3. Khadijah binti Khuwailid
4. Aminah binti Khalid (isteri Khalid bin Said)
5. Fatimah (isteri Abu Ahmad bin Jahsyin)
6. Asma (isteri Iyasy bin Abi Rabiah)
7. Sumayyah binti Khayyat (isteri Yasir bin Amir)
8. Fatimah binti Khattab (adik Umar bin Al-Khattab)
9. Hafsah binti Umar (isteri Khurasi bin Huzafah)
10. Fatimah (isteri Khatib bin Al-Harith)
11. Fukaihah (isteri Khattab bin Al-Kharith)
12. Ramlah (isteri Abdullah bin Mazun)

Generasi awal yang menjadi pelopor dalam harakah Islamiyyah ini sentiasa berdiri teguh dalam perjuangan Islam. Mereka mempunyai keimanan yang kental dan tahap pengorbanan yang begitu tinggi.

Pengorbanan wanita dari kalangan generasi pelopor ini dapat dilihat dari kisah-kisah yang berlaku ke atas Sumayyah iaitu isteri Yasir dan ibu kepada Ammar. Beliau sekeluarga telah disiksa oleh orang-orang Qurais sehingga mendapat penghormatan sebagai syahid yang pertama bersama suaminya, Yasir. Sewaktu mereka sedang disiksa, Rasulullah s.a.w lalu berhampiran dengan mereka dan bersabda:

Sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya kamu adalah (penghuni) syurga

selain daripada Sumayyah, wanita-wanita yang tuurt disiksa ialah Zunairah Al-Nahdiyyah dan anak perempuannya serta Ummu Abyas. Mereka terdiri daripada hamba-hamba yang menganut agama Islam tanpa merasa gentar menghadapi siksaan tuan-tuan mereka.

Sewaktu tekanan dan siksaan ke atas orang-orang Islam memuncak, Rasulullah s.a.w memindahkan sebahagian daripada orang-orang Islam ke Habsyah. Termasuk di dalam rombongan itu ialah wanita-wanita Islam dari keluarga ternama yang berpengaruh seperti Ummu Habibah binti Abu Sufyan pada ketika itu ialah ketua orang-orang jahiliyyah yang juga memusuhi Islam.

MUSLIMAH SEBAGAI ISTERI DAN IBU DALAM PERJUANGAN ISLAM

Wanita Iislam taat kepada suaminya bukanlah kerana didorong oleh perasaan rendah diri atau terpaksa, tetapi ia diterima dengan ikhlas hari dan suami diletakkan sebagai pembimbing terbaik. Asma binti Yazid seorang wanita Ansar yang mahsyur, terkenal kerana kepetahan berbicara telah mengetuai beberapa orang wanita untuk memberitahu Rasulullah s.a.w akan kekecewaan mereka kerana kelebihan ganjaran kepada lelaki. Beliau mempersoalkan bahawa lelaki mempunyai peluang lebih untuk mendapat pahala melalui solat jumaat, solat jamaah, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah dan melibatkan diri dalam jihad. Sedangkan kaum muslimah tidak dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ke dalam amalan-amalan tersebut. Rasulullah s.a.w memberikan jawapan yang sangat mudah tetapi mempunyai makna yang sangat tinggi, iaitu jika wanita tersebut menyintai suaminya, menggembirakannya dan metaatinya, ia juga akan menerima ganjaran yang sama seperti yang di dapati oleh lelaki.

Seorang isteri yang beragama Islam amat mengambil berat akan kesihatan jiwa suaminya di damping menjaga keselesaan hidupnya. Muslimah mesti menjadi pendorong dan penyokong dalam perjuangan suaminya. Berkorban apa saja demi perjuangan Islam. Janganlah isteri pejuang Islam menjadi sebab kepada gugurnya suami dari medan perjuangan Islam. Janganlah memberatkan suami dengan perkara remeh-temeh. Jika boleh, urusan yang dapat diselesaikan sendiri, selesaikanlah secara sendiri. mereka juga hendaklah melatih diri sebagai isteri yang cekap dalam pengurusan rumahtangga, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai matlamat hidup ke arah melahirkan generasi Al-Quran.

Ummu Sulaim biti Malhan ibu kepada Anas bin Malik mempunyai anak lelaki yang sakit tenat. Sedang suaminya solat Asar di masjid, anak mereka meninggal dunia. Ia tidak memanggil suaminya, sebaliknya menunggu sehinggalah suaminya pulang. Ketika pulang, suaminya membawa beberapa orang teman. Ummu Sulaim menahan dirinya dan menyediakan makanan untuk tetamunya. Kemudian apabila ditanya oleh suaminya akan kesihatan anaknya, ia menjawab lebih sihat dari sebelumnya. Tetapi setelah keadaan tenang, barulah diberitahu keadaan yang sebenarnya. Demikianlah contoh seorang isteri dan ibu yang tenang dalam menghadapi keadaan yang gawat.

Wanita Islam juga mestilah sentiasa berhati-hati dalam memilih calon suami. Janganlah jadikan alasan suami membuatkan muslimah berundur selangkah demi selangkah dari medan perjuangan Islam. Pilihlah calon suami yang bakal menjadi pendorong dan sumber inspirasi dalam perjuangan Islam. Suami yang dapat memberi kerjasama dalam rumahtangga dan perjuangan Islam. Ibarat kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sebagaimana Ummu Sulaim enggan menerima lamaran Abu Talhah kerana ia masih percaya kepada jahiliyyah. Ia menyuruh Abu Talhah meninggalkan alam jahiliyyah dan memeluk agama Islam. Gesaan ini memberi kesedaran kepada Abu Talhah dan akhirnya memilih Islam dan Ummu Sulaim.

Ketaatan kepada Islam menjadikan wanita Islam ibu yang baik. Ia mendidik anak-anak dengan kecenderungan yang berpandukan kepada nilai-nilai Islam. Sikap keibuan bagi seorang wanita adalah punca utama melahirkan akhlak yang baik kepada anak-anak. Sebagai seorang ibuyang terlibat dalam harakah Islamiyyah, seawajarnya mereka menjelaskan kepada anak-anak tentang penglibatan mereka tersebut, yakni tuntutan terhadap mengintimakan (menyertai) jamaah Islam, supaya anak-anak mereka faham kegiatan-kegiatan ibu mereka yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan peranan mereka sebagai ibu di dalam dunia rumahtangga. Muslimah seharusnya menanamkan sifat berdikari kepada anak-anak mereka sejak kecil.

Begitu juga mereka sewajarnya menjadi seorang ibu yang dapat meniup roh perjuangan Islam ke dalam diri anak-anak. Seharusnya ibu-ibu muslimah sentiasa mendedahkan kepada anak-anak setiap aktiviti dalam kegiatan harakah. Anak-anak patut dibawa bersama-sama menghadiri rehlah, perkhemahan, jambori amal, ceramah dan muktamar mahu pun lain-lain program parti dan jamaah.

MUSLIMAH SEBAGAI PEMIMPIN DALAM JIHAD

Jihad dalam erti kata yang ringkas ialah perjuangan untuk mempertahankan kemurnian Islam sama ada pada diri sendiri, masyarakat dan negara. Pada zaman awal Islam, kaum muslimat terlibat di dalam berbagai-bagai bidang jihad. Contohnya dalam menguruskan rumahtangga sedang suami-suami mereka sibuk digelanggang jihad, maka di kala itu mereka melakukan kerja-kerja rumah dengan tangan-tangan mereka sendiri. puteri Rasullah s.a.w, Fatmah Az-Zahrah melakukan kerja rumah beliau tanpa pertolongan sesiapa, sehinggalah beliau terasa terlalu penat dan tangannya menjadi kasar. Saiyidina Ali meminta Fatimah memberitahu bapanya, Nabi Muhammad s.a.w agar dapat menyediakan seorang pembantu rumahtangga kepadanya.

Apabila beliau mengadu, Rasulullah s.a.w menasihatkan Fatimah r.ha supaya menyebut Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sepuluh kali setiap selepas solat dan Allah s.w.t akan memberikan kekuatan kepadanya menyelesaikan tugas-tugas rumahtangganya. Beliau berpuas hati dengan nasihat bapanya dan tidak pernah mengadi lagi selepas itu.

Pernah pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w mengunjungi puteri kesayangannya itu, baginda mendapati Fatimah memakai pakaian kasar yang diperbuat daripada bulu unta dan sedang mengisar gandum. Rasulullah s.a.w bersabda kepada puterinya:

Jika (kamu) berkehendakkan ganjaran yang baik di akhirat kelak, Fatimah harus melalui kepahitan hidup di dunia

dalam menghadapi situasi penyelewengan terhadap penghayatan Islam kini, jihad menerusi keilmuan adalah sangat penting. Ini kerana peranan muslimat untuk menimba ilmu dan menyebarkannya kepada orang lain adalah sangat-sangat diharapkan bahkan mereka mampu berbuat demikian secara pro-aktif. Ini memandangkan sikap dan kegemaran kaum wanita yang suka berbual dan membincangkan permasalahan masyarakat sesama mereka. Maka potensi ini hendaklah dieksploitasi sebaik mungkin.

Kaum wanita juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu Islam kepada manusia seluruhnya kerana mereka adalah guru pertama kepada anak-anak mereka maka mereka hendaklah memahami bahawa peranan ilmu yang yang disampaikan itu juga bermatlamat menegakkan syariat Allah di atas muka bumi ini. Tegasnya, peranan muslimah dengan lelaki dalam konteks untuk memantapkan jiwa, aqidah dan akhlak serta memperbetulkan masyarakat dari segala penyelewengan yang berlaku. Jelasnya, peranan mereka ialah berusaha untuk memperbetulkan manusia dengan memimpim mereka kearah kesempurnaan dan ketaatan mutlak kepada Allah s.w.t.

Disamping berjihad dalam bidang rumahtangga dan bidang keilmuan, wania Islam juga perlu melibatkan diri di dalam gerakan jihad menghadapi musuh-musuh Islam sebagaimana keberanian Ummu Abdullah berhadapan dengan Umar bin Al-Khattab sebelum beliau memeluk Islam. Ini merupakan contoh yang terus menjadi teladan kepada wanita Islam.

Muslimah juga seharusnya memahami dan sedar tentang kepentingan untuk menjaga strategi, kerahsiaan dan melindungi harakah. Muslimat mesti meyakini matlamat dan arah perjuangan yang mereka dokongi. Mereka jangan sekali-sekali mudah ditarik oleh anasir-anasir yang menyebabkan mereka lari daripada perjuangan yang diikuti selama ini.

PENYESUAIAN DIRI DALAM MASYARAKAT.

Sebahagian daripada wanita Islam kini mendapat pendidikan tinggi sehingga memiliki ijazah, pekerjaan dan pangkat yang baik, lalu tidak lagi memainkan peranan yang serius dalam kebangkitan semula Islam. Jika Islam terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang jahil dan degil di dalam masyarakat jahiliyyah di masa dahulu, hari ini Islam terpaksa pula menghadapi cendekiawan barat termasuklah para orentalis yang mengkaji Islam dan berusaha untuk mengelirukan masyarakat tentang Islam. Umpamanya mereka pernah mempertikaikan sekiranya terlaksananya dasar pemerintahan Islam dalam sesebuah negara, maka kaum wanita tidak bebas bergerak dan mereka akan diletakkan sebagai masyarakat kelas dua.

Pergaulan yang bebas lelaki perempuan adalah perkara yang lumrah di mana-mana. Malangnya hanya segelintir sahaja orang Islam yang bimbang akan permasalahan ini. Di pejabat-pejabat, gadis-gadis jelita diletakkan sebagai penyambut tetamu. Di pusat-pusat rekreasi, kita dapati pemuda-pemudi Islam tanpa segan silu lagi bermadu kasih. Kedai-kedai fesyen pakaian atau boutique menyediakan berbagai-bagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat untuk kaum wanita, wanita-wanita dijadikan sebagai bahan-bahan pengiklanan di tepi-tepi jalan dan sebagainya.

Dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, ramai kaum wanita sama ada yang berpelajaran atau buta huruf telah meninggalkan rumah untuk bekerja di pejabat, kilang atau ladang. Adakalanya sebahagian daripada mereka yang mempunyai anak tidak membuat keputusan wajar untuk meninggalkan anak-anak mereka kepada pengasuh yang benar-benar dapat memberikan pendidikan Islam dan membentuk syakhsiyyah Islamiyyah dalam diri anak-anak mereka.

Terdapat ibu-ibu bekerja atau yang melibatkan diri dengan terlalu banyak kegiatan-kegiatan di luar rumah mengabaikan langsung tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di dalam rumahtangga. Rumahtangga diserahkan kepada pembantu rumah. Akhirnya berlakulah keributan dalam rumahtangga. Suami yang lebih banyak bergaul dengan gadis-gadis di pejabat daripada di rumah mula mencari helah untuk mencari pasangan baru, manakala anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang akan melepaskan marahnya kepada masyarakat dengan menjadi golongan yang anti-sosial. Inilah pokok persoalan yang menjadi masalah kepada kita hari ini.

Satu hal yang perlu diambil kira oleh wanita Islam kini terutamanya yang terpaksa memikul dua tanggungjawab, iaitu tanggungjawab di tempat kerja dan tanggungjawab di rumah, mereka hendaklah memastikan kedua-dua tanggungjawab itu dilaksanakan sesempurna yang mungkin. Mereka perlu mendapat kerjasama dengan rakan di tempat kerja dan juga ahli keluarga. Misalnya di tempat kerja, ketua mereka perlu memahami bahawa kakitangan tersebut adalah seorang wanita yang mempunyai tugas di dalam rumahtangga. Begitu juga hali keluarga perlu memberi kerjasama, misalnya suami membantu isteri di dalam urusan rumahtangga.

Anak-anak perlu diberi kefahaman tentang tanggungjawab bersama di dalam rumahtangga. Hapuskan pegangan lama masyarakat yang menganggap tugas-tugas rumahtangga dipukul oleh isteri sahaja. padahal sirah Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan bahawa Rasulullah sendiri membantu isteri-isteri baginda di dalam urusan rumahtangga. Rasulullah pernah menampal sendiri kainnya yang koyak. Sebagai kesimpulannya, angkatan muslimah di dalam harakah Islamiyyah kini perlu diperkuatkan dengan perkara-perkara yang berikut:

1. Kefahaman Islam yang mendalam
2. Keikhlasan dan kejujuran
3. Pendidikan Ilmu dan harakah
4. Mengutamakan pendidikan keluarga dan rumahtangga mengikut Islam
5. Menanam semangat jihad

MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH

Mujahidah Islam

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
( KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMATENTERA DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR )

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika ImamAhmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan  menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

- Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
 
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

- Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

- Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

- Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

- Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

- Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah  SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
 
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang  salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM
 
 

Untuk peringatan kita bersama .......
 
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan
sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau
ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang
selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-
Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan
batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua
anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang ( riya' )

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh
kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di
sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di
belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di
atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku
kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir
dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku
ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Hakcipta Terpelihara PAS Kawasan Ampang Jaya 2002