Make your own free website on Tripod.com
    Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pengajaran-Pengajaran Tersembunyi Dari Lunas 2000

Bagi kebanyakan penganalisis politik pengajaran yang paling penting dari pilihanraya kecil Lunas adalah populariti UMNO dan BN yang semakin menjunam 12 bulan selepas pilihanraya umum 1999. Keputusan pilihanraya umum 1999 merupakan satu "wake-up call" kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tetapi kekalahan BN di Lunas menunjukkan bahawa mereka masih nyenyak tidur walaupun deringan jam loceng semakin hari semakin kuat berbunyi.

Walau bagaimanapun terdapat banyak lagi pengajaran-pengajaran dari Lunas 2000 yang boleh menghasilkan pelbagai teori dan hypothesis politik.

Di antaranya adalah :

-------------------------------------------------------------------------
( 1.) Calon Melayu boleh memenangi di kerusi-kerusi di mana orang Melayu membentuk kurang dari 50% jumlah pengundi.
-------------------------------------------------------------------------

Sebelum ini bagi kerusi Parlimen, jumlah peratus pengundi Melayu yang terendah bagi sesebuah kawasan yang dimenangi oleh calon Melayu BA adalah Dato' Hassan Ali ( PAS ) di Parit Buntar - Melayu 67%.

Dan bagi kerusi DUN adalah Dr. Shafie Abu Bakar ( PAS ) di Kajang - Melayu 52%.

Dengan itu metos bahawa bagi kerusi-kerusi di mana pengundi Melayu adalah kurang dari 50% - 55% perlu ditandingi oleh calon-calon bukan Melayu telah dimusnahkan sama-sekali.

Maka berdasarkan pengalaman Lunas 2000 tidak ada sebab mengapa di kerusi-kerusi di mana peratusan orang Melayu adalah 50-50 seperti di Ampang Jaya calon-calon Melayu tidak boleh bertanding.

-------------------------------------------------------------------------
( 2.) Selesaikan pembahagian kerusi sekarang !
-------------------------------------------------------------------------

Rasa tidak puas hati DAP yang diluahkan secara terbuka merupakan satu pengajaran bagi pimpinan BA. Sekali lagi ini menunjukkan bahawa pembahagian kerusi merupakan satu perkara yang perlu diselesaikan terlebih-awal.

Walaupun terdapat pihak yang berkata pembahagian kawasan-kawasan untuk ditandingi merupakan satu perkara kecil yang akan dapat diselesaikan dengan mudah walaupun di saat-saat terakhir namun pengalaman Lunas menunjukkan bahawa "perkara kecil" inilah yang hampir meranapkan BA sebelum penamaan calon.

Sekiranya "perkara kecil" ini masih dianggap "perkara kecil" maka tunggulah akan saat-saat kemusnahan kita.

Dan tanpa memihak kepada DAP atau KeADILan sebarang penetapan atau pembahagian hendaklah berdasarkan apa yang berlaku di peringkat akar-umbi dan bukannya ditentukan oleh "remote-control politicians" yang tidak pernah turun ke bawah. Atau mereka yang mempunyai bertan-tan Ph. D di dalam politik atau sains sosial tetapi jahil dengan kehendak rakyat di bawah.

-------------------------------------------------------------------------
( 3.) Wujud demokrsai tulen dan ketelusan di dalam BA jika tidak ianya akan dianggap sama seperti BN.
-------------------------------------------------------------------------

Apa yang dilakukan oleh DAP pada peringkat awal kempen di Lunas mungkin tidak akan disenangi oleh kebanyakkan war