Make your own free website on Tripod.com

minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
BARISAN ALTERNATIF KAWASAN AMPANG JAYA
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

=======================================
MENTERI BESAR YANG TAKUT BERTEMU RAKYAT
=======================================

Kawalan ketat ke atas Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Mohammad Khir Toyo, ketika lawatan beliau ke Ampang Jaya pada 11 November lepas membuktikan bahawa pimpinan UMNO-Barisan Nasional di Negeri Selangor sudah menyedari bahawa mereka tidak lagi diterima rakyat.

Di dalam lawatan pada malam Sabtu lepas, kawasan di sekitar Pejabat UMNO Bahagian Ampang Jaya di Pekan Ampang telah dikepung oleh pasukan keselamatan dengan laluan yang terhad diberikan kepada orang-ramai sama ada yang berjalan kaki ataupun yang menaiki kenderaan. Turut dikerah adalah beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) yang ditempatkan di sekeliling pejabat UMNO itu. Malah stesyen LRT Ampang yang yang lebih-kurang 400 meter dari tempat lawatan turut dikawal-ketat.

Di sini pihak kami tidaklah mahu mempesoalkan kehadiran pasukan keselamatan yang begitu ramai walaupun suasana di Pekan Ampang adalah bagaikan "zon peperangan" atau "war zone". Namun bagi seorang Menteri Besar yang memerlukan kawalan begitu ketat menunjukkan ketakutan yang amat sangat yang ada pada diri beliau untuk bertemu rakyat. Ini ditambah pula dengan "dosa-dosa" beliau menggadai Putrajaya kepada Kerajaan Pusat sebelum mendapat persetujuan rakyat maka tidaklah hairan jika Menteri Besar ini sentiasa dihantui perasaan takut dan curiga ke mana sahaja beliau pergi.

Keadaannya amatlah berlainan dengan Menteri Besar Kelantan yang telah beberapa kali melawat Ampang Jaya tetapi tanpa sebarang pengawal-pengawal peribadi yang khusus. Dan dengan itu amatlah memalukan apabila Menteri Besar Selangor merasakan dirinya tidak selamat di negerinya sendiri. Dan sudah tentulah Menteri Besar sedemikian dan parti yang beliau wakili tidak layak untuk terus memimpin rakyat.


Iskandar A. Samad
Setiausaha PAS
Kawasan Ampang Jaya
16 Sya'aban 1421 / 13 November 2000
pas_ampangjaya@hotmail.com