Make your own free website on Tripod.com


Penduduk Bukit Tembusu Kesal Campur
Tangan Polis


Penduduk Bukit Tembusu telah menyatakan rasa kesal kerana pihak Polis telah dikerah dengan sepenuhnya untuk membantu hasrat sebuah syarikat pemaju merobohkan rumah-rumah mereka pada 24 haribulan Jun yang baru lalu.

Di dalam kejadian pagi Sabtu itu pekerja-pekerja dan jentera-jentera dari pihak pemaju telah tiba di kampung tersebut seawal jam 8.00 pagi untuk merobohkan penempatan peneroka bandar yang telah wujud hampir 30 tahun.

Sementara pada lebih kurang jam 10.00 pagi pasukan Polis yang juga terdiri dari anggota-anggota Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) telah tiba. Selain dari itu anggota-anggota Polis beruniform biasa dan anggota-anggota Polis dari Cawangan Khas ( SB ) yang berpakaian biasa juga turut berkeliaran di sekitar kampung tersebut.

Menurut anggaran penduduk lebih dari 200 anggota dari pihak keselamatan telah dikerahkan untuk operasi pagi itu.

Memandangkan Bukit Tembusu hanya terdiri dari 22 buah rumah jumlah anggota Polis yang dikerahkan itu adalah keterlaluan. Lebih-lebih lagi pula kawasan tanah yang terlibat itu adalah hanya lebih-kurang tiga-suku ekar sahaja.

Ini ditambah pula dengan kehadiran sebuah trak yang lengkap dengan "water-cannon yang telah tiba pada jam 10.30 pagi   

Anggota-anggota FRU yang dikerahkan ke kampung tersebut di dalam dua buah trak adalah lengkap dengan cota, perisai, "shin-guard", pistol dan seolah-olah bukan datang untuk mengawal perobohan rumah tetapi datang untuk bertempur dengan pengganas-pengganas komunis yang lengkap bersenjata. Lebih-kurang 40-60 orang anggota FRU itu telah juga diperkuatkan dengan sekumpulan penembak-penembak gas pemedih mata.

Menurut seorang penduduk kampung yang tidak mahu dikenali hanya lebih-kurang 50 penduduk yang hadir semasa operasi tersebut oleh kerana ramai yang telah pergi bekerja. Dengan itu bagi setiap penduduk terdapat 4 orang anggota keselamatan. Jumlah ini menurut beliau adalah terlalu tinggi memandangkan kebanyakan penduduk yang ada pada pagi tersebut adalah kaum wanita dan kanak-kanak.

Manakala seorang lagi penduduk yang sudah lebih dua-puluh tahun tinggal di kampung itu telah memberitahu bahawa beliau ada ternampak beberapa trak Pasukan Gerakan Am ( PGA ) ditempatkan di sebatang jalan berhampiran dengan jalan masuk ke Kg. Cheras Baru. Beliau telah menyatakan rasa kesal kerana penduduk kampung hanya mahukan penyelesaian yang adil bagi semua pihak tetapi hasrat mereka ini tidak disambut dengan baik oleh pihak pemaju. Beliau hairan mengapa pihak Polis perlu campur-tangan oleh kerana isu ini adalah di antara pihak pemaju dan penduduk kampung. Pihak Polis tidak perlulah diseret ke dalam isu perobohan dan pengusiran ini.

Memandangkan keadaan yang begitu tegang pada pagi itu, wakil-wakil penduduk yang diketuai oleh Sdra. Saripuddin Haji Badri dan Sdra. Abu Hassan Said serta wakil-wakil dari PAS Kawasan Ampang Jaya yang diketuai oleh Setiausaha PAS Kawasan, Sdra. Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Peneroka Bandar Dan Pekerja PAS Selangor dan Ketua Pemuda PAS Kawasan, Sdra. Qasim Abdul Aziz telah meminta agar pihak Polis menangguhkan operasi perobohan untuk menenangkan keadaan.

Permintaan ini walau bagaimanapun telah ditentang dengan keras oleh Balif dari Mahkamah yang menegaskan bahawa perintah Mahkamah mestilah dipatuhi dan dilaksanakan. ( Click untuk selanjutnya )