Make your own free website on Tripod.com



     
PENDAKWAH DISEKAT
MUBALIGH DIBIARKAN !
             
         
Pada 16 Disember 2000 MB Selangor, Dato' Mohd. Khir Toyo,
telah mengumumkan bahawa terdapat 10 buah masjid
di Selangor yang kononnya dijadikan tempat untuk ceramah
politik. Menurut beliau tindakan termasuk penjara akan
diambil ke atas mereka yang berceramah tanpa permit di
masjid-masjid itu. Setelah amaran yang diberikan oleh
beliau kepada Tuan Guru Dato ' Nik Abdul Aziz Nik Mat
kerana berceramah di masijd dan surau di Selangor, Dato'
Khir nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk
memastikan setiap masjid dan surau di Selangor memberi
sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Dato' Khir
nampaknya lebih agresif menyekat dakwah Islam dari MB-MB
yang sebelum ini.
                       
Perkembangan ini tidaklah menghairankan bagi seorang MB
yang telah di"parachute"kan oleh Perdana Menteri untuk
menggantikan Dato' Abu Hassan. Agaknya dengan tindakan
menyekat para pendakwah beliau berharapkan pujian dan
sokongan yang berterusan dari Dr. Mahathir. Mungkin
dengan tindakan ini beliau juga berharapkan sokongan
dari UMNO di peringkat "grassroot" kerana sudah
diketahui umum Dato' Khir tidak mempunyai sebarang
kekuatan di peringkat "grassroot".
                       
Tetapi di dalam keghairahan menyekat pendakwah-pendakwah
Islam mengapakah Dr. Khir membiarkan mubaligh-mubaligh
Kristian bebas menjalankan aktiviti di kalangan
masyarakat Islam. Pada 31 Ogos lepas gabungan
gereja-geraja Kristian di Ampang telah menganjurkan satu
program kemasyarakatan di tengah-tengah masyarakat Islam
di Kg. Berembang, Ampang Jaya. Di antara petugas-petugas
Kristian itu adalah "orang-orang putih" atau Mat Salleh
yang merupakan warga asing. Dengan itu umat Islam di
Selangor ingin tahu kenapakah mubaligh-mubaligh ini
dibiarkan bebas tanpa sekatan walhal Dato' Nik Aziz
diberikan surat amaran. Adakah Dr. Khir rela orang
Melayu menjadi Kristian dengan syarat mesti menyokong
UMNO ? Hanya Dr. Khir yang boleh menjawab soalan ini !


Teropong Terbang
22 Disember 2000