Make your own free website on Tripod.com

                           
         
                     

******************************

PENUBUHAN SEKRETARIAT
BARISAN ALTERNATIF
AMPANG JAYA

******************************
                             
MESYUARAT JAWATANKUASA BERSAMA PAS - KeADILan
AMPANG JAYA PADA 22 DISEMBER 2000 TELAH
BERSETUJU UNTUK MEMBENTUK SEKRETARIAT BARISAN
ALTERNATIF AMPANG JAYA SECEPAT-MUNGKIN BAGI
MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM 2003/2004.
                               
MESYUARAT TERSEBUT TELAH BERSETUJU UNTUK
MELANTIK SETIAUSAHA PAS KAWASAN AMPANG JAYA DAN
BEKAS CALON PAS BAGI DUN LEMBAH JAYA, SDRA.
ISKANDAR HAJI ABDUL SAMAD, SEBAGAI PENGERUSINYA.
SEMENTARA SETIAUSAHA PENAJA KeADILan BAHAGIAN
AMPANG JAYA, SDRA. ABDUL LATIF SHAARI, TELAH
DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA.
                               
ENAM ORANG AHLI JAWATANKUASA TELAH DIPERSETUJUI
IAITU 1 WAKIL DARI KeADILan, 1 WAKIL DARI PAS, 1
WAKIL DARI DAP DAN 2 ORANG WAKIL DARI NGO-NGO.
                               
WAKIL DARI KeADILan ADALAH SDRA. ZULKIFLI MOHD.
SALLEH SEMENTARA WAKIL DARI DARI PAS ADALAH HAJI
MEOR RITHUAN MOHD. SAID.
                               
MESYUARAT PADA MALAM ITU TELAH JUGA BERSETUJU
UNTUK MEMPERTINGKATKAN DAN MEMPERBANYAKKAN
PROGRAM-PROGRAM BERSAMA DI ANTARA PAS DAN
KeADILan. SATU KALENDAR PROGRAM-PROGRAM BERSAMA
AKAN DIUMUMKAN TIDAK LAMA LAGI.


Kenyataan Bersama Oleh :

Haji Sarom Haji Jais
Yang Di Pertua PAS
Kawasan Ampang Jaya

Haji Ahmad Hassan
Ketua Penaja KeADILan
Bahagian Ampang Jaya

24 Disember 2000